Monday, March 16, 2015

AIRCON (DOUBLE) FAN / CONDENSER FAN


Semua maklum cuaca kat negara kita ni panas. Jadi sistem aircon kereta akan rasa kurang sejuk bilamana dalam keadaan trafik jem atau sebagainya.
Ramai orang dah menambak baik sistem aircon tersebut dengan menambah satu lagi kipas di di hadapan condensor untuk membantu menyejukan condensor. Contohnya, dalam gambar di atas adalah Produa Myvi dah sudah dipasang kipas tambahan. (Gambar di ambil dari SINI).

Oleh itu, condensor akan cepat sejuk dengan adanya kipas tambahan tersebut. Akan tetapi, saya mendapati terdapat kesan sampingan dengan modifikasi ini. Memanglah aircon cepat sejuk,  memang sejuk pun. Bukak aircon level 2/5 pun dah sejuk. Tetapi dengan modifikasi ini, radiator juga akan lebih sejuk dari biasa (normal operating temperature).

Bagus la kan air dalam radiator lebih sejuk, kurang peluang untuk overheat. Jika keadaan enjin/radiator tu dalam keadaan sihat, suhu air lebih sejuk adalah tidak baik. Ini kerana, apabila coolant sensor detect suhu air lebih sejuk, ECU akan pergi ker 'warming up' mode. Idle RPM lebih tinggi dan petrol yang dipancutkan kedalam sistem pembakaran juga lebih banyak.

Sama jugak dengan situasi bila dibuang termostat coolant. Memang enjin akan rasa lebih pikap disebabkan RPM lebih tinggi, tetapi penggunaan petrol juga akan lebih banyak dari biasa.


Update 14/04/2015
Apabila relay kipas tambahan di tap pada kipas radiator, sistem pengawalan kipas radiator telah tidak menjadi normal. Kipas masih lagi berpusing beberapa saat setelah kompresor telah mati. Keadaan normal ialah, kipas berhenti berpusing bersama kompresor.

Untuk mengelakkan perkara di atas belaku, relay kipas tambahan boleh di tap pada wayar power kompressor.



Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...