Sunday, October 28, 2018

Asas Tuning Karburetor

Bismillah dan Assalamualaikum. Dah lama sangat blog ni sunyi sepi. Tak banyak aktiviti teknikal yang belaku sepanjang kesepian itu. Ada sikit-sikit yang aku buat tu aku letak kat FB. 
Itu yang tak ter'update' blog ni. Kali ni aku letak sket info pasal tuning carburetor. Sebab sekarang banyak projek aku lebih kepada restore & upgrade skuter Nouvo S.


Ok, asalnya aku nak letak info ni kat blog ni. Tapi memandangkan FB lebih ramai crowd dan dapat tengok live respon,so aku letak kat FB dahulu. Tak sangka ramai pulak yang yang share. 


Kali ni aku nak berbicara & membuat tutorial tentang cara-cara nak setting carburetor bermula dari awal.
Penulisan aku kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dah hasil belajar dari internet.
Tanpa ade ilmu dan pengalaman, setting carburetor sangat menjerihkan dan boleh mematahkan semangat.



Ni spec mesin aku:-
Enjin Nouvo S bore-up ker 58.5mm menjadikan kapasiti enjin bersesaran 155cc
Cam potong Thai brand Panom
Carburetor Keihin Sudco PWK28 (imitation).
Pilot jet 38.
Main Jet 115.
Jarum takuk 2 dari bawah.

Info penting:-
Pilot jet: menentukan jumlah petrol ketika idle
Needle jet: menentukan jumlah petrol ketika 1/4 hingga 3/4 throttle
Main jet: menentukan jumlah petrol ketika 3/4 hingga full throttle
Idle screw: menentukan enjin rpm pada idle.

Step 1: Adjust pilot jet.
Pilot jet adalah alat yang menentukan jumlah pengeluaran petrol pada kedudukan idle.
Pilot jet berpasangan dengan Air Mixture Screw (AMS). AMS ni yang mengawal kuantiti petrol yang keluar dari pilot jet.
Pusingan AMS ni menentukan jumlah angin yang masuk ker carb dan bawa petrol melalui pilot jet.
Kedudukan terbaik AMS adalah pusing arah lawan jam sebanyak 2 setengah pusingan.
Cara-caranya:- Mula dengan menggunakan pilot jet yang telah sedia di pasang di carb, ataupun rujuk balik saiz pilot jet carb asal.
Pusing AMS arah jam sehingga ketat, tapi jangan sampai terlampau ketat.
Kemudian pusing AMS lawah arah jam sehingga 2 setengah pusingan. Jangan lebih dari 3 pusingan.
Bila lebih dari 3 pusingan, petrol yang keluar dari pilot jet dah maksimum.
Dah boleh start enjin. Kalau pilot jet dah ngam, enjin senang hidup. Tak perlu pulas minyak pun masa start enjin boleh hidup.
Pilot jet yang besar, enjin agak susah hidup dan akan nampak keluar asap hitam dari ekzos.
Pilot jet yang kecil, enjin senang hidup walaupun tak pulas minyak. (aku suka setting lean).
Carb ngan enjin aku paling sesuai guna pilot jet 38 walaupun agak lean. Cold start pun senang.
Start enjin nak gi solat suboh x yah pulas minyak pun.
Aku dah try guna pilot jet dari 38, 40, 42.5 & 45.
38 adalah yang terbaik(datang sekali dengan carb).




Step 2:- Adjust main jet.
Aku skip needle jet. Aku terus pergi ker adjust main jet dulu. Sebab ade carb yang tak boleh adjust needle jet.
Cara-caranya:- aku mula dengan bertanya orang lain yang pakai spec lebih kurang sama. Ade yang bagitau pakai main jet 125, 140 etc.
Main jet yang datang dengan carb ialah saiz 120. Ok, mulakan dengan main jet yang datang dengan carb tu.
Bila enjin dah dapat idle, boleh pulas-pulas minyak. Test dengar bunyi dan perhatikan ekzos.
Tengok ada asap hitam keluar dari ekzoz ker tak. Main jet besar, petrol keluar pun banyak.
Kalau ade asap hitam, main jet tu terlebih besar. Kemudian bawak moto pusing-pusing.
Korang boleh rasa prestasi enjin. Bertambah atau berkurang.
Petrol lebih jugak buat enjin sebu sebab petrol tak habis terbakar.
Cara lain ialah cek warna plug. Paling cantik warna coklat terang.
Warna plug ni kene bukak bab lain. Panjang nak ulas.
Belum masuk bab stoichiometric ratio lagi.
Kalau main jet kecik pulak, enjin moto akan rasa semput bila pulas minyak disebabkan tak cukup petrol.
Kadang-kadang ade moto yang rasa mantap walaupun guna main jet kecik. Tapi awas, tak cukup petrol boleh menyebabkan enjin overheat.
Lebih parah lagi ade piston yang mengecut akibat panas melampau.
Untuk enjin aku, main jet 115 paling sesuai bila aku masuk high cam.
Kalau pakai cam standard, main jet 110 terbaik.
Kenapa guna high cam nak kene besarkan main jet?
Sebab high cam menyebabkan valve lift lebih tinggi dan duration cam menyebakan valve terbuka lebih lama.
Kesimpulannya high cam akan menjadikan enjin menerima lebih banyak udara.
Itu yang aku faham dan yang aku alami. Kalau korang ade pendapat lain, suka hati korang lah. Aku pun bukanya pandai sangat.



Step 3:- Adjust needle jet.
Yang ni untuk carb yang ade takuk dan boleh adjust needle jet sahaja.
Cara-caranya:- Bila pilot jet & main jet dah ngam, baru boleh adjust needle jet.
Biasanya needle jet ni ade 5 takuk. Mula dari takuk yang tengah. Lebih tinggi takuk, petrol jadi lean. Lebih bawah takuk, petrol jadi rich.
Ikut pengalaman aku, setting takuk tengah dah ok. Tapi aku nak petrol rich sket masa 1/4 throttle tu.
Dan aku rasa enjin lebih memberi respon pakai 1 takuk lebih bawah.
Kesimpulan dari aku, aku teramat puas hati dengan prestasi carb dan setting sekarang.




P/s: Senang jer aku tulis kan. Hakikatnya dekat sebulan aku setting carb, sebab aku tak pandai. Sikit-sikit aku adjust.
Sampai satu tahap, nak tune carb aku terpaksa hidupkan kete, ambil kabel jumper dan sambung ker beteri moto aku.
Sebab beteri moto aku dah kong, start moto asyik tak hidup-hidup.
Kick start aku pun jahanam, spring kick start patah dan tak larat weh nak tendang sampai enjin hidup.
Sekarang aku dah buang terus kick start, spring kick start pun dah patah.
Enjin pun dah senang nak hidup, hati dah ade senang.
Tapi aku standby jumper cable dalam box moto, mane tau kot 1 hari nanti nak kene jumper lagi.
Sekian coretan dari aku. Sharul Hakimi

Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...