Thursday, October 29, 2009

Tukar Absorber



nih ade picture sblm dan selepas tukar absor ber yang ditukar sendiri.
siap pakai torchlight lagi.sape suh wat keje tgh2 malam.

Friday, September 18, 2009

BILA ANJING MENGELUH...

BILA ANJING MENGELUH...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?



LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.



Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)


"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

Friday, September 4, 2009

Lawak Malam-malam

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

Syurga atau neraka

Bermulanyanya satu kisah :



Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..
siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..
bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

..Jawab murid itu..

"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"... .

Kisah tauladan yang menyayat hati...

HARUS BACA…. Ambil iktibar..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni

abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.

Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga
betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang
sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza

takut.." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia
aaa...."


Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAANGGG!!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak?
Farah,
Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin
tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di
depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....

....Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut!


Malu beb!!

Sekian

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah
orang tersayang...


* Wakenabeb.. Lu pun kena beb.. Wahahahaha

Kisah bapak, anak dan duit samah

MALAM ITU SEPASANG SUAMI ISTERI DAH BERSIAP-SIAP NAK MASUK KE BILIK TIDUR, TIBA-TIBA MEREKA TERDENGAR SUARA ANAK BONGSU MEREKA MENANGIS. MEREKA PUN PERGI MENDAPATKAN ANAK MEREKA ITU LALU BERTANYAKAN MENGAPA DIA MENANGIS. SI ANAK MENJAWAB DIA TERTELAN DIUT LIMA SENDAN SEKARANG DIA TAKUT AKAN MATI SEBAB TERTELAN DUIT ITU LALU MENANGIS TERESAK-ESAK..... SI AYAH BUNTU NAK MEMUJUK ANAKNYA ITU TIBA-TIBA TERINGAT DUIT DIDALAM POKET SELUARNYA LALU MENGELUARKAN DUIT LIMA SEN KEMUDIAN SI AYAH BERPURA-PURA MEMBUAT MAGIK DAN MENGELUARKAN DUIT LIMA SEN DARI TELINGA ANAKNYA..



"Ha,kan ayah dah keluarkan ni."





Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata........



"Buat lagi sekali ayah . Macam bez pulak "

Sunday, August 16, 2009

Jintan Manis Boleh Mencegah H1N1?


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam
yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan
jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti
Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Kisah Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini......awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2....
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaa n di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah

Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...