Sunday, October 28, 2018

Asas Tuning Karburetor

Bismillah dan Assalamualaikum. Dah lama sangat blog ni sunyi sepi. Tak banyak aktiviti teknikal yang belaku sepanjang kesepian itu. Ada sikit-sikit yang aku buat tu aku letak kat FB. 
Itu yang tak ter'update' blog ni. Kali ni aku letak sket info pasal tuning carburetor. Sebab sekarang banyak projek aku lebih kepada restore & upgrade skuter Nouvo S.


Ok, asalnya aku nak letak info ni kat blog ni. Tapi memandangkan FB lebih ramai crowd dan dapat tengok live respon,so aku letak kat FB dahulu. Tak sangka ramai pulak yang yang share. 


Kali ni aku nak berbicara & membuat tutorial tentang cara-cara nak setting carburetor bermula dari awal.
Penulisan aku kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dah hasil belajar dari internet.
Tanpa ade ilmu dan pengalaman, setting carburetor sangat menjerihkan dan boleh mematahkan semangat.



Ni spec mesin aku:-
Enjin Nouvo S bore-up ker 58.5mm menjadikan kapasiti enjin bersesaran 155cc
Cam potong Thai brand Panom
Carburetor Keihin Sudco PWK28 (imitation).
Pilot jet 38.
Main Jet 115.
Jarum takuk 2 dari bawah.

Info penting:-
Pilot jet: menentukan jumlah petrol ketika idle
Needle jet: menentukan jumlah petrol ketika 1/4 hingga 3/4 throttle
Main jet: menentukan jumlah petrol ketika 3/4 hingga full throttle
Idle screw: menentukan enjin rpm pada idle.

Step 1: Adjust pilot jet.
Pilot jet adalah alat yang menentukan jumlah pengeluaran petrol pada kedudukan idle.
Pilot jet berpasangan dengan Air Mixture Screw (AMS). AMS ni yang mengawal kuantiti petrol yang keluar dari pilot jet.
Pusingan AMS ni menentukan jumlah angin yang masuk ker carb dan bawa petrol melalui pilot jet.
Kedudukan terbaik AMS adalah pusing arah lawan jam sebanyak 2 setengah pusingan.
Cara-caranya:- Mula dengan menggunakan pilot jet yang telah sedia di pasang di carb, ataupun rujuk balik saiz pilot jet carb asal.
Pusing AMS arah jam sehingga ketat, tapi jangan sampai terlampau ketat.
Kemudian pusing AMS lawah arah jam sehingga 2 setengah pusingan. Jangan lebih dari 3 pusingan.
Bila lebih dari 3 pusingan, petrol yang keluar dari pilot jet dah maksimum.
Dah boleh start enjin. Kalau pilot jet dah ngam, enjin senang hidup. Tak perlu pulas minyak pun masa start enjin boleh hidup.
Pilot jet yang besar, enjin agak susah hidup dan akan nampak keluar asap hitam dari ekzos.
Pilot jet yang kecil, enjin senang hidup walaupun tak pulas minyak. (aku suka setting lean).
Carb ngan enjin aku paling sesuai guna pilot jet 38 walaupun agak lean. Cold start pun senang.
Start enjin nak gi solat suboh x yah pulas minyak pun.
Aku dah try guna pilot jet dari 38, 40, 42.5 & 45.
38 adalah yang terbaik(datang sekali dengan carb).




Step 2:- Adjust main jet.
Aku skip needle jet. Aku terus pergi ker adjust main jet dulu. Sebab ade carb yang tak boleh adjust needle jet.
Cara-caranya:- aku mula dengan bertanya orang lain yang pakai spec lebih kurang sama. Ade yang bagitau pakai main jet 125, 140 etc.
Main jet yang datang dengan carb ialah saiz 120. Ok, mulakan dengan main jet yang datang dengan carb tu.
Bila enjin dah dapat idle, boleh pulas-pulas minyak. Test dengar bunyi dan perhatikan ekzos.
Tengok ada asap hitam keluar dari ekzoz ker tak. Main jet besar, petrol keluar pun banyak.
Kalau ade asap hitam, main jet tu terlebih besar. Kemudian bawak moto pusing-pusing.
Korang boleh rasa prestasi enjin. Bertambah atau berkurang.
Petrol lebih jugak buat enjin sebu sebab petrol tak habis terbakar.
Cara lain ialah cek warna plug. Paling cantik warna coklat terang.
Warna plug ni kene bukak bab lain. Panjang nak ulas.
Belum masuk bab stoichiometric ratio lagi.
Kalau main jet kecik pulak, enjin moto akan rasa semput bila pulas minyak disebabkan tak cukup petrol.
Kadang-kadang ade moto yang rasa mantap walaupun guna main jet kecik. Tapi awas, tak cukup petrol boleh menyebabkan enjin overheat.
Lebih parah lagi ade piston yang mengecut akibat panas melampau.
Untuk enjin aku, main jet 115 paling sesuai bila aku masuk high cam.
Kalau pakai cam standard, main jet 110 terbaik.
Kenapa guna high cam nak kene besarkan main jet?
Sebab high cam menyebabkan valve lift lebih tinggi dan duration cam menyebakan valve terbuka lebih lama.
Kesimpulannya high cam akan menjadikan enjin menerima lebih banyak udara.
Itu yang aku faham dan yang aku alami. Kalau korang ade pendapat lain, suka hati korang lah. Aku pun bukanya pandai sangat.



Step 3:- Adjust needle jet.
Yang ni untuk carb yang ade takuk dan boleh adjust needle jet sahaja.
Cara-caranya:- Bila pilot jet & main jet dah ngam, baru boleh adjust needle jet.
Biasanya needle jet ni ade 5 takuk. Mula dari takuk yang tengah. Lebih tinggi takuk, petrol jadi lean. Lebih bawah takuk, petrol jadi rich.
Ikut pengalaman aku, setting takuk tengah dah ok. Tapi aku nak petrol rich sket masa 1/4 throttle tu.
Dan aku rasa enjin lebih memberi respon pakai 1 takuk lebih bawah.
Kesimpulan dari aku, aku teramat puas hati dengan prestasi carb dan setting sekarang.




P/s: Senang jer aku tulis kan. Hakikatnya dekat sebulan aku setting carb, sebab aku tak pandai. Sikit-sikit aku adjust.
Sampai satu tahap, nak tune carb aku terpaksa hidupkan kete, ambil kabel jumper dan sambung ker beteri moto aku.
Sebab beteri moto aku dah kong, start moto asyik tak hidup-hidup.
Kick start aku pun jahanam, spring kick start patah dan tak larat weh nak tendang sampai enjin hidup.
Sekarang aku dah buang terus kick start, spring kick start pun dah patah.
Enjin pun dah senang nak hidup, hati dah ade senang.
Tapi aku standby jumper cable dalam box moto, mane tau kot 1 hari nanti nak kene jumper lagi.
Sekian coretan dari aku. Sharul Hakimi

116 comments:

  1. Assalammualaikum bang nak tya kalau kita masuk carb lain dekat moto kita contoh nya moto saya wave 110 mj 95 pj 38......Saya masuk carb wave 125 mj 75 pj 35 adekah saya kena rujuk atau masuk mj carb ori moto ke carb wave 125?...atau saya kna up lgi mj yang asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslam abg..boleh sy tye.
      Enjin dream carb wave nak set pakai ejoz stemdet hondapetak boleh tak...

      Delete
  2. wave 125 mj 78.2 pj 35 ngam untuk standard

    ReplyDelete
  3. block 53 carb wave 125 cdi brt, main jet dgn pilot ape yg sesuai

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum bang nak tanya kalau pakai spek 63 mj pj ape yg sesuai untuk power jer 30

    ReplyDelete
  5. Salam bro...
    wave 100r
    high cam
    block 53
    head 23/27
    carb w125
    mj85.pj38
    tp bila dh msk gear 4 moto jd semput.enjin mati kalau x main choke.ekzos meletup2..mcm mna nak selesaikn mslh tu..mj xcukup besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kene main choke, MJ kecik. kene besarkan MJ. cek warna plug. Tune MJ sampai dapat plug warna perang

      Delete
    2. Cmne nk dpt sket klau piston 53+head 23/27...lembik motor tu...

      Delete
    3. Head 23/27..mak ai besar giler...level² spec 68 tu..

      Delete
    4. wave 2valve je bro 23/27 dh ok tu.. 23/27 level spec 68 tu utk 4valve pnye moto

      Delete
  6. Salam bro,
    EX5 dream
    Block 53mm
    Carb wave125 mj85/pj42
    Gearbox racing
    Cam tokahi high
    Jalan jauh lock throttle okay je top hidup, tapi warna plug tu putih cerah mcm xckup minyk, ekzos da letup2, gear 1 pom nak jalan mcm minya da lebeh. Knape plug msih cerah bro xgelap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. itu sebab MJ terlampau kecik. kene naikkan lagi MJ sampai warna plug perang

      Delete
    2. Wlpn top mantap...blm ngm lagi.. klau Naik sikit mj lagi sedap .. tu yg btl yg penting to mau bagi jem

      Delete
    3. Kalau moto wave nak masuk carb ss boleh tk

      Delete
  7. Pilot jet saiz besar bermakna lubang dia besar la kan?

    ReplyDelete
  8. saya lc135 5s spec fz carb nsr...pomen set minyak lebih...kalo time idle tu keluar asap putih kehitaman...kalo rem2 skit keluar asap hitam skit...kalo time bwk xde asap keluar...normal ke ni utk motor yg carb dia set minyak lebih?

    ReplyDelete
  9. saya pakai yamaha ss..carb rxz...bila bawak moto mesti mati..lagi2 time laju..nape ek??

    ReplyDelete
  10. Salam..nak tny sy guna yamaha ego s,apa punca dah adjust habis timing pun(carburator),enjin kasar xnak turun²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo toming xturun biasanya ikat skru carb xketat... Atau angin bocor

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam,
    motor lc135 v2
    blok head masih standart
    ekzos 28mm cutting standard
    plug uma, coil plug uma, cdi uma, air filter uma,
    karburator uma vr v2 28mm round slide,
    mj 116 pj 36 (yg diberikan seller online), ngam ker saiz mj n pj tu utk moto sy? mohon bantuan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngam ke tak bro kena rasa sendiri bawak sendiri

      Delete
  13. Salam bro nk tnye, bro set angin carb ni ade gntung throttle tak bru buka angin atau bro trus buka tanpa hidupkn enjin.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. bro, nak tanya.. saya pakai ex5 blok 55, head racing, valve besar tp x ingt brapa size, dan saya pakai highcam.. carburator powerjet.. mula2, asal mainjet 110, pilot 32.. then saya try, mcm berat nk pegi, saya cuba up pilot 35 plak.. ade la ringan skit.. abg agak2, mainjet berapa yg ngam dgn pilot berdasarkan spec machine saya eh..
    kawan saya ada ckp, cuba up 38 pulak.. katanya sbb bukaan valve dgn cam terlalu besar dan tinggi..

    Kalau abg boleh kongsi sedikit .. ya..

    ReplyDelete
  15. Salam...
    Moto yg sy guna Ex5 dream,block 53mm brand Honda,carb wave 125,cam std.. bila starting pickup mmg kuat,tpi bila gear 4th trhotle dh lock moto still tk de top speed..knp ye?

    ReplyDelete
  16. Salam moto lagenda 110 blok 56 pkai carb nsr mainjet pilot brape ye untuk set carb nsr tu

    ReplyDelete
  17. Tumpang tanya kalo pkai high cam perlu adjust carb(v1) mj ngn pj atau biar standard 105/20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik nya pilot..pilot funtion bila rpm tinggi..pebantu mainjet

      Delete
    2. salah tu . pilot bekerje utk rpm bawah . middle ke high rpm , tu kerje mainjet 😁😁

      Delete
  18. Assalam..
    Mtr sy EX5 Dream spec
    Head stndrd
    Block 53mm
    High cam IKK
    Crbrtr wave 125
    Hyper cluth uma racing
    Cdi BRT
    Coil racing IKK
    MJ & PJ apa yg sesuai

    ReplyDelete
  19. Salam carb espada 125 wave,spec 53 GPS dapat 100 je apa lagi nk kena tukar

    ReplyDelete
  20. Salam bang saya nak tnye moto sy lc135 v2 pakai spec fz.. Carb NSR.. Head masih standart belom porting lg.. Cam sy pakai SCK...cdi pon SCK..exzos king drag 28mm...
    Tp smpi skrng cri setting dia x ngam2 lg.. Mainjet skrng pakai 120..pilotjet 38..pickup ad smpi top mati..ad pakai MJ 115/PJ 27 and 30 tp still xngam.. Mintk petunjuk abg2 saiz ap yg sy perlu pakai nk bg btol2 ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Block saiz 57 mainjet 105-110... PJ 27 ke bawah..

      Delete
    2. Plug ko mesti rich sgt tu..Mainjet agak besar lagi tu... Try turun 115 or 110...pilot rasa dah ngam kalo bukak angin antara 1.5 ke 2 pilot dah ngam..

      Delete
  21. Assalam bos.. nk tnye.. kriss 110 blok 53 carb rr.. ap mj pj yg sesuai.. bila gear 4 x ley pulas trottle habis.. kne lepaskn sikit bru boleh.. pulas habis hujung mcm menyedut.. buka angin antara 2-3 rpm tinggi tp letup-ll sekarNg pakai carb rr mj 95 pj 30

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainjet besar sgt tu.. setting MJ 80.. PJ 20 .. set angin 1-2

      Delete
  22. Ex5 dream 110 versi carb

    Blok 54mm
    Head Dan cam std
    Coil plug uma, spark plug NGK g power,cdi ikk no cut off
    Carb w125
    Pj 34 mj 115
    ��Bukak screw angin 1.5 plug cantik mcm bidadari lpstu turunkan 0.75 x smpai 1 putaran masih bidadari.

    Xkn nk naikkan lagi size mj ��

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum bang saya pakai moto wave 100r tukar granshaft 110 block 56 cam cms head 24 28 carb power jet spoket 16-27 mj 115 pj 32 bila full throttle moto jadi semput.. Macam mana tu bang?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum , minta bantuan , lc135 v3 aku dah buat spec fz , carburator standard lc135 v3 , cuma aku adjust pilot jet dengan main jet. Kenapa ya motor aku masa top dia senguk sikit lepas tu bila aku lepas thorttle ekzos meletop . Pilot saiz 17.5 main jet 125 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilot bukak lagi..pembakaran tak cantik..terlalu lean..

      Delete
    2. Assalamu alaikum bang nak tanya aku punya motor srx pakai pulot jet 15 main jet 75 yang betul pakai saez berapa

      Delete
  25. Tumpng tnye sy pkai lc kdng2 timing x lekat bile pking start timing tnggi pastu bru okey timing nye.dh panas engin bru ok.knpe eh?pj skrng 35 mj 140 carb pwk 34

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Jarum bia kedudukan tgah..terlebih minyak n kurang minyak timing parking mmg out..

      Delete
    3. Nak tanya? Abg dh jumpe ke penyelesaian nye.

      Delete
    4. Cab besar2 susah nk sting...MCM ni.klu piston 60 Smpai 65. Cab yg mudah sting saiz 28mm 30 hngga 32mm. Sting PJ nga MJ cun2..cra mudah nk seting PJ nga MJ. Pakai saiz besar dlu...PJ jgn tlalu besar sgt.

      Delete
  26. Salam Admin..nk tanya., ex5 dream enjin blok head standart boleh ke pakai caburator ts125? klau boleh pakai pj mj pe yang sesuai ye? n spoket pe yang sesuai��.,maaf lah baru nk berjinak2 dlm permotoran ni��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita nak tau juga setting ngam utk carb wave 125 PD ex5 standard badak.

      Delete
  27. slm bang sye skang pakai carb ts125 block 53 pomen sye setting minyak lebih skru angin brpe yg sesuai untuk sye bukak ye??

    ReplyDelete
  28. Assalammuqlaikum geng ...

    kalau saya motor kriss 100..

    high cam, block 53 , head standart kriss 100 ,gearbox standart , carburator ts 125 , exzos open..

    masalah : plug pakai 2 hari hangus..
    : gear 2 , kqlau lepas trottle dia
    jalan macam x lps trotle..

    ni sbb pj , mj ... kata pomen yang saya tanya , agak ii korang, mj,pj saiz berapa yang sesuai tuk aku... tq yang response :)

    ReplyDelete
  29. Salam geng.. Tanya pasal setting carb RXZ Mili kt 125.. Ak baru beli, nk pasang tpi xtau setting mj pj yg sesuai..carb skarang asal 125z.
    Piston Enduro 50, block baru usik sikit.. Yg lain semua stndrt.. Nak pakai Carburator RxZ mili 30mm.. Brapa saiz mj ngan pj yg sesuai utk ak pakai??
    #Minta jawapan segera..

    ReplyDelete
  30. Aslm bg , spec saya ex5 class 1 56mm , head 23/37 , cam arata s4 , carb nsr 28mm . Sekarang guna mj115 , pj38 , moto pulas masih semput sikit n tak ngam . Boleh bagi suggestion tak brape yg sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plug Wana ape?..cam ni.. turunkn pj.pakai 30 or 32. MJ plk saiz 100 or 105. Tra CM ner.pah tu tgk plug.wana ape ..MJ main peranan pting .....

      Delete
  31. Motor wave 125 block dh 57 kaburator nsr nk pkai mj n pj saiz berapa sifu?sbb motor masuk gear 4 makin patah tk mau pergi....rasa malu jgak dekat budak² ex5...asyik kena perli je...haram tul lahh

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum nak tanye kenapa moto ex5 sy bila start je lpstu pulas dia jd mcm tarik² kt enjin pstu letup letup kt ekzos lpstu lama sikit bru leh pulas.... moto spek53mm ,carb ts125, head std ,cdi racing, coilplug racing. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  33. Bos, lc 5s spec 62, carb mb cutting nsr, mj 115, pj 35, starting ok, tp bile bwk slow time gear 3 or 4, die mcm xleh gi... Kena turun mj lg ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mj try 125 ke atas.. kecik sngt mj kau tu untuk spec 62.. spec fz pun mj 125.

      Delete
  34. Salam boss, aku baru lepas bersihkan carburator moto then dah siap semua pasang balik, tengok tengok start kejap then mati. Rupanya minyak tak turun ke silinder dari carb dah dua kali check tengok carb sama juga...kenapanya?

    ReplyDelete
  35. Salam boss, aku baru lepas bersihkan carburator moto then dah siap semua pasang balik, tengok tengok start kejap then mati. Rupanya minyak tak turun ke silinder dari carb dah dua kali check tengok carb sama juga...kenapanya?

    ReplyDelete
  36. Salam boss, aku baru lepas bersihkan carburator moto then dah siap semua pasang balik, tengok tengok start kejap then mati. Rupanya minyak tak turun ke silinder dari carb dah dua kali check tengok carb sama juga...kenapanya?

    ReplyDelete
  37. ex5 dream spec 54mm,racing cam,ts125 crb,ekzos ksr,cdi espada,plug coil apido,minjet pilotjet apa yang hendak diletakkan

    ReplyDelete
  38. Ego s spec 59mm ,head 21x36 ,carb nsr mj 110 pilot 38 ,pick up mencanak2 moto senang hidup masalah dia bile meter smp 80 dia terus kosong lepas throttle meletup ekzos pastu hidup balik ... Tolong jap ape yang tak cukop lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam nii... Kau naik kan main jet... Itu sebab kurang minyak bahaya oooouu..sebab kau punya blok besau...die dah dewasa. makanan nye bagi banyak sikit iaitu main jet

      Delete
  39. Klau pakai MJ75 Pj? Berapa untuk spec standar..masuk Carburetor rx100

    ReplyDelete
  40. motor lc carb nsr cam cms t2 , start senang bila awal2 tu semput2 sikit lama2 dia buka tapi hujung still rasa macam bobok2 sikit kenapa ya ?

    ReplyDelete
  41. Moto sy plak, Ex5 High 6,dah full Class 1, Head standart,Tapi Dah korek bg sama Saiz ngn Carburetor W125 Saiz 20posen lama,Saiz berapa Entah.Vavle Standart,Lowcam Brand Hi-Speed,spec 53mm.Mainjet 85 ,Pilot Saiz 35.

    ReplyDelete
  42. Nak start tu yg teruk,xjumpa setting lg

    ReplyDelete
  43. Bos nk tnye ex5 blok 56 head atas bawah korek.. carb sp mj pj brape yg ngam.. Gear 4 x go.. Mj 110 pj x igt brpe.. Angin buka 1 setengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kan main jet..cam nii kalau blok besar main jet kasi up

      Delete
  44. Klau carb pwk 30mm spec 53 saiz mj,pj apa yg sesuai

    ReplyDelete
  45. nak tanya macam saya ex5 crank 110 piston 53 dome cam tokahi head standart carburator nsr main jet pilot jet aper sesuai yer sebab dah jenuh tak dapt setting biler gantung minyak semput2

    ReplyDelete
  46. Block 53 koziII
    HIGHCAM UMARACING
    CAB HONDA DASH124
    HEAD STANDARD
    SPOC 15,35

    MJ yang sesuai berapa sama
    Needle jet yang sesuai mohon bantuan ya sifu2 yang d atas

    ReplyDelete
  47. Mj pj apa je boleh masok kt carb keihin pwk 28 ni bos

    ReplyDelete
  48. Kriss block 57 carb wave125
    Berap mj pj yg sesuai

    ReplyDelete
  49. salam bos,
    sy pakai modenas 110
    block 60
    high cam kozi
    carb apido powerjet
    mj/pj-122/38


    knpe asal masok gear 3,4 xnak pergii moto jadi drop ..mohon pencerahan ,trima kasihh

    ReplyDelete
  50. salam bos
    saya pakai ex5 high power...block class 1 56 crankshaft wave 125 pnp ex5 jet5mm,head 24/28..apa mj/pj dan apa sproket yang ngam dengan spec mcm ni..mohon pencerahan,tq boss

    ReplyDelete
  51. salam bro..
    Kriss 110 spec57 head 23/27 guna highcam yang lain masih standard termasuk carb masih guna std keihin.jadi pj dan mj mana yang sesuai sebab bila moto saya masuk gear 3 dan 4 bunyi rem je baru balik ke timing asal..macam timing tak sampai.

    ReplyDelete
  52. Kalau carb redleo 30mm untuk spek 65 135lc main jet ngn pilot jet saiz brape yang sesuai

    ReplyDelete
  53. unikltipupelajar.blogspot.com

    ReplyDelete
  54. Nk tnya bang..block standard cam standard caberator kriss 110..mj sesuai untuk speck ni bang..

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum bossku..nk tnye la..rxz klau mj 280 pj bpe sesuai ye..dh setting tp plug wrne itam lgi..skrg pkai mj280..pj 30

    ReplyDelete
  56. salam,bro nak tanya sikit,sy pakai motor lc 135 v2,plug coil uma,plug iridium uma,air filter uma,cdi tobako racing,tapi carb standart,size mj dan pj apa yang sesuai utk pasang pada carburator.

    ReplyDelete
  57. Salam bro....

    Ex5 dream kacuk class1
    Blok 56mm
    Head racing 24/28 bukak kawah ikut blok 56mm
    Gearbox racing
    Magnet racing redleo
    Magnet coil kazi III
    Cranshaft 125 pmp class1
    Hyperclutch tobaki / clutch plate racing tobaki

    Masalah saya masuk carb uma
    PJ 36 MJ 116

    Start kena tarik chock bru idup..lpas chock mati terus..
    Brapa MJ/PJ yg sesuai bos..

    Tlg settlekan masalah saya ni bos...pening dh saya

    01140450055 whtspp

    ReplyDelete
  58. Selamat pagi abg blok fz 57 sesuai pakai mainjet dan pilotjet saiz ape ye abg kaburetor lc v1 vm22

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lc135 v1 cab std, saya guna pilotjet 35 mj115 Meter moto boleh gi 150km kalau buang air filter boleh gi 160km

      Delete
  59. Maaf ingin bertanya sy guna modenas mr1 blok upgrade blok 53 dan msuk cam carb standart ape mj/pj yg perlu sy guna blh bg pencerahan

    ReplyDelete
  60. Setting timing tk dpt lepstu bila pulas
    Minyak secara nyentok dia nyedut bole bgitau kenapa?

    ReplyDelete
  61. Bang moto sye dream 53 carburetor standat ex5 mj pl msih standard .bile start snng hidup tpi bile bwak carburetor jadi sejuk dan bile sye berhenti dkt trafic light moto sye semput dan mati

    ReplyDelete
  62. bang,motor sya kriss blok 58 guna carburettor nsr..tpi belum okay lagi setting..bila bawa moto takleh pulas habis trothle,dia jadi semput.. boleh tolong pilihkan untuk saya mainjet dan pilotjet dia ke bang?

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum wbt, saya nak tanya sedikit , kalau EX5 pakai carb wave 125 MJ90 PJ38 bila bawak mula mula okay tapi gear 4 lama sikit Bobok lepastu macam minyak tak support , Adakah kena naik lagi MJ atau Pj

    ReplyDelete
  64. Size minjet dan pilotjet berapa carb wave125 24mm spec53 ex5

    ReplyDelete
  65. Kalau block 59 tu head masih boleh guna yg std atau kene valve besar?

    ReplyDelete
  66. lagenda 115zr standard brapa ngam mj dan pj??

    ReplyDelete
  67. Kriss 110 blok 57,apa mj dan pj yg sesuai??tq boss

    ReplyDelete
  68. Hello sifu,nk tnya lc135 4s
    spec 57 semidome
    carb uma 28mm
    cdi aji racing 8mode
    head port polish valve std
    mj n pj sesuai apew yew..
    sbb skrg pkai mj130 pj 22.5
    jarum no2,angin 2..plug msih brcarbon dn bau petrol..pas buka lg skru angin bau petrol hilang tp bacaan plug mmg xprnah dpt wrna perang..tunjuk ajarku sifu

    ReplyDelete
  69. setting sblum nie blok fz 1set
    carb uma 28
    head std port polish
    mj100 pj 34
    jarum 3
    angin 1 1/2
    spoket 15-36
    bacaan plug hitam sket
    tp long distance p blik jb sngapore
    160 tegak 168 tnduk
    skrg da upgrade lg xpi setting xjmpa

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum . nk tanye saiz pilot untuk ss standard saiz berapa ye . sbb sy bila rem timing lambat turun . so sy tak tau saiz standart pilot . kalau sahabat sahabat tahu respon yee . terima kasih

    ReplyDelete
  71. Asaalamualaikum, skuter ego s saya start je timing tinggi terus jalan,dah tune angin Masih jugak macam Tu?

    ReplyDelete
  72. salam bang, nak tanya nouvo s pwk 28.. engine standard... saranan pakai saiz PJ, saiz MJ dan NJ berapa lubang, jarum takuk berapa sesuai.. buat masa sekarang PJ 30, MJ 85, NJ 8 lubang, Jarum takuk 2 dpd bawah.. bila pulas mengejut dia terus nak mati.. plug ada hitam tengah dan tepi..

    ReplyDelete
  73. salam. saya pakai Carburetor Keihin Sudco PWK28 (wave125s), tapi kenapa pada gear 1 moto jadi semput bila nk pulas minyak. bila laju dh ok, masa gear 1 je dia semput...

    ReplyDelete
  74. Klau block 56 carb wave 125 silde 28mm minjet apa sesuai dia pulas jdi semput

    ReplyDelete
  75. Assalam nak tanye kalau set angin tu dapat meraung kira oke atau kene kecik dari tu sbb xpaham antara lean dengan rich tu

    ReplyDelete
  76. nak tanye carb nsr pilot 45 mainjet 130 kena buka angin berapa

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum tuan, saya pakai kriss mr3 110, says tukar carburettor wave 125 22mm SBB carburettor standard saya motor susah nk hidup, Yang saya beli tobaki, standard main jet 96, pilot 36. Tapi motor timing tak stabil. Macam nak buat

    ReplyDelete

Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...