Monday, March 16, 2015

AIRCON (DOUBLE) FAN / CONDENSER FAN


Semua maklum cuaca kat negara kita ni panas. Jadi sistem aircon kereta akan rasa kurang sejuk bilamana dalam keadaan trafik jem atau sebagainya.
Ramai orang dah menambak baik sistem aircon tersebut dengan menambah satu lagi kipas di di hadapan condensor untuk membantu menyejukan condensor. Contohnya, dalam gambar di atas adalah Produa Myvi dah sudah dipasang kipas tambahan. (Gambar di ambil dari SINI).

Oleh itu, condensor akan cepat sejuk dengan adanya kipas tambahan tersebut. Akan tetapi, saya mendapati terdapat kesan sampingan dengan modifikasi ini. Memanglah aircon cepat sejuk,  memang sejuk pun. Bukak aircon level 2/5 pun dah sejuk. Tetapi dengan modifikasi ini, radiator juga akan lebih sejuk dari biasa (normal operating temperature).

Bagus la kan air dalam radiator lebih sejuk, kurang peluang untuk overheat. Jika keadaan enjin/radiator tu dalam keadaan sihat, suhu air lebih sejuk adalah tidak baik. Ini kerana, apabila coolant sensor detect suhu air lebih sejuk, ECU akan pergi ker 'warming up' mode. Idle RPM lebih tinggi dan petrol yang dipancutkan kedalam sistem pembakaran juga lebih banyak.

Sama jugak dengan situasi bila dibuang termostat coolant. Memang enjin akan rasa lebih pikap disebabkan RPM lebih tinggi, tetapi penggunaan petrol juga akan lebih banyak dari biasa.


Update 14/04/2015
Apabila relay kipas tambahan di tap pada kipas radiator, sistem pengawalan kipas radiator telah tidak menjadi normal. Kipas masih lagi berpusing beberapa saat setelah kompresor telah mati. Keadaan normal ialah, kipas berhenti berpusing bersama kompresor.

Untuk mengelakkan perkara di atas belaku, relay kipas tambahan boleh di tap pada wayar power kompressor.



34 comments:

  1. Ada pro n con.. lebih baik stay dengan original condition, yang penting jaga maintenance tepat masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer, ade pro & con. tapi bila kereta sudah lebih 5 tahun, kipas radiator sudah tidak lagi berfungsi 100%. Perkiraan saya camni, katakan efficiency kipas lama sudah jadi 70%, tukar kipas baru boleh dapat balik efficiency 100%. Kalau tambah kipas lain, efficiency kipas lain tu hanya 60% dari kipas asal. Akan tetapi, kipas lama(70%) tambah dengan kipas baru(60%) dah jadi efficiency 130%.

      Delete
    2. Nk tanye sepatutnya tap mcm mne ye bg alza

      Delete
  2. As salam, adakah sistem auto fan radiator dibypass apabila a/c dihidupkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. Bypass camne tu? saya tap kipas baru dekat power supply ac compressor. kipas hanya akan hidup sekali dengan kompressor.

      Delete
    2. bro tap wire ground ke power ke cmpresor aircond tu...

      Delete
    3. bro tap wire ground ke power ke cmpresor aircond tu...atau suiz dr relay

      Delete
  3. Assalamualaikum..sy dh buat complete siap relay.tp sy tap ke wire kipas radiaor asal..mslahnye ble sy bkk a/c kedua2 kipas x berhenti..dan ble sy x buka a/c kedua2 kipas pusing dan berhenti seperti biasa..adakah sy perlu ubah wire ke compressor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, bro tap kat wayar power ker wayar ground kipas radiator tu?

      Delete
  4. Salam. Nak tanya. Sya ada wat jgk extra fan dkt alza. Pastu letak relay suma. Dah siap pasang ekon extra fan xgrk...tap wire dkt fan asal ke tap wire dkt fius fan asal dkt kotak fius...tq

    ReplyDelete
  5. boleh minta diagram untuk tap ke compressor..sy guna kereta iswara lmst 2006..

    ReplyDelete
  6. Boleh tk bagi cara pasang dr A sampai Z utk myvi?

    ReplyDelete
  7. Boleh tk bagi cara pasang dr A sampai Z utk myvi?

    ReplyDelete
  8. Kipas tu bape inci bos..boleh bg step by step tak..skali dgn cara wiring relay

    ReplyDelete
  9. Aslkm bang leh tunjuk gambar rajah lengkap install double fan.

    ReplyDelete
  10. Salam kalau join wayer extra fanfan de wayer fan lama tanpa pakai relay bole ka

    ReplyDelete
  11. Tanpa relay bole pasang jugak ke bole fungsi jugak tak

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kancil ngn alza bape inci boleh masuk..?

    ReplyDelete
  14. Kereta Wira boleh tambah kipas Tak.

    ReplyDelete
  15. Buat satu suis .... ketika jamm sesak baru kita on kipas

    ReplyDelete
  16. Saya pasang juga pada Innova 06 saya tp suis asing. Rasa nak hidupkan saya on suiz. Rasa x perlu saya offkan. On bila kt traffic jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea bagus ni. kenari sy aircon tak kuat.mmg standard spec asal dah camtu

      Delete
  17. Salam bro... Nak tnya sya pkai saga flx saya masukkan kipas tambahan. Masalahnya bila tgh jalan mmg sejuk... Tp bila park n berenti trafil light tempeture naik.. Off kipas tambahan okja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayar pasang terbalik 2 boss... Cuba terbalik wayar.... Klu kipas tambahn dpn kena angin arah ke dlm bkn ke luar...

      Delete
  18. klu tambah kondenser fan.. enjin xkan sejuk bos.. wlupun radiator n kondenser jd sejuk giler.. sebab thermostart x bukak klu heat/suhu air x cukup.. so enjin akan sentiasa dlm keadaan optimum selagi thermostat bfungsi dgn baik.. yg pastinya.. ekon dpt menten sejuk time tgh jem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab lain la klu enjin yg sentiasa sejuk.. baru la coolant sensor akan detect n pergi ke warming up mode n idle jd tinggi..sebab nak panaskan/optimumkan suhu enjin (buang thermostat)

      Delete

Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...