Monday, March 21, 2022

Cara Setup Transmission Server di Raspberry

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya buat posting ni adalah untuk simpanan peribadi di samping berkongsi ilmu. Setiap kali saya nak setup semula, setiap kali tu lah terpaksa membelek blog & forum forum di internet.

Jadi saya kumpulkan di sini cara-caranya untuk rujukan saya di kemudian hari. Untuk menjalankan Transmission server, ada 3 bab yang diperlukan (saya tidak cover cara nak setup RasPi).

1- Mount external storage pada RasPi

2- Setup transmission 

3- Setup samba


Bab 1: Mount external storage

Oleh kerana sistem Raspi yang saya gunakan ini tanpa GUI, adalah penting untuk kita mount external storage supaya mounting point adalah tetap dan tidak berubah apabila setiap kali reboot.

Setiap device ada unik UUID, jadi saya akan gunakan UUDI device tersebut untuk di daftarkan pada mounting point. Cucuk sahaja external device pada RasPi, kemudian dari terminal taip df -h.

Kemudian akan keluar list storage yang ada di RasPi. Storage yang akan saya gunakan adalah /dev/sdb1


Saya taip pula sudo blkid /dev/sdb1 untuk dapatkan UUID storage tersebut. UUID storage adalah fe5b1c8a-cc66-d701-f048-1c8acc66d701. Copy tanpa " ". Dan jenis storage adalah ext4. Sekiranya storage adalah jenis NTFS atau exFAT, kene install program tambahan untuk baca storage tersebut sudo apt install ntfs-3g atau sudo apt install exfat-fuse .



Langkah seterusnya adalah create folder dalam RasPi OS untuk saya mount external storage  sudo mkdir -p /mnt/NAS1 dah sudo chown -R pi:pi /mnt/NAS1 untuk tukar ownership folder berkenaan. 



Seterusnya saya perlu edit fail fstab untuk daftarkan UUID pada folder /mnt/NAS1 yang saya buat tadi. 
sudo nano /etc/fstab dan tambahkan ayat seperti berikut. Edit UUDI dan TYPE seperti yang saya dapatkan pada langkah sebelum ini. UUID=fe5b1c8a-cc66-d701-f048-1c8acc66d701 /mnt/NAS1 ext4 defaults,auto,users,rw,nofail,noatime 0 0

Kemudian untuk mengaktifkan proses mounting point, taip sudo umount /dev/sdb1 , (ubah sdb1 berdasarkan storage yang digunakan) untuk remove storage dan  sudo mount -a untuk masukkan kembali storage di mounting point yang telah di buat tadi.

Selesai Bab 1.


Bab 2: Setup Transmission

Bab 3: Setup Samba



Expand storage for Openwrt router

If he router has very low storage, in my case router is DIR-842. Here is tutorial to expend storage using USB flash drive.  Original guide i...